Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas jatuh longkang

Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas jatuh longkang

ANGGOTA bomba melakukan pencarian seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam longkang di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang dekat Taman Kota Jaya di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi ketika hujan lebat semasa kanak-kanak itu bermain bersama rakannya.

Katanya, ketika kejadian kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dikatakan hendak mengambil selipar yang jatuh ke dalam longkang yang pada ketika itu air mengalir deras dan dalam.

“Ada seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun jatuh dalam longkang waktu hujan lebat, air deras serta dalam.

“Kejadian berlaku kerana mangsa hendak mengambil selipar yang jatuh ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pencarian kanak-kanak itu masih dijalankan oleh pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sementara itu, abang kepada kanak-kanak tersebut, Mohd. Shazif Iman Gentor, 28, memberitahu, dia sering menasihati adiknya itu, Mohamad Rayyan Alif, 9, supaya tidak bermain di kawasan longkang.

“Ketika kejadian memang hujan dan selain suka main hujan, bermain di kawasan parit dekat perumahan kami tapi biasanya main di kawasan atas sahaja.

“Memang hari-hari sudah marah sebab suka main dekat longkang. Cuma biasanya dia main ramai-ramai hari ini dia main hanya berdua sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di pintu air Sungai Kemang, Kota Tinggi, di sini.

Tambahnya kawan adiknya itu sempat memberitahu penduduk berhampiran sebelum penduduk memaklumkan kepadanya tentang kejadian menimpa Mohamad Rayyan.

Jelasnya apa yang membimbangkan, sekiranya adiknya itu sudah jauh dibawa arus ke Sungai Johor kerana difahamkan pintu air Sungai Kemang ketika kejadian terbuka.

Katanya lagi terdapat seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan parit itu antara orang terakhir melihat kelibat adiknya itu di dalam air.

Menurutnya lelaki itu sempat melihat adiknya dibawa arus deras sebelum hilang di penghujung saluran longkang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya