Kanak-kanak autisme hilang, baju dan kasut ditemukan tepi longkang - Utusan Malaysia

Kanak-kanak autisme hilang, baju dan kasut ditemukan tepi longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang dengan pakaian serta kasutnya ditemukan di tepi longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, Jalan Gangsa di sini, hari ini.

Ketua Zon I, Jabatan Bomba Dan Penyemalat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.35 petang tadi.

Mangsa yang hilang itu merupakan kanak-kanak autisme yang berusia tujuh tahun.

“Ibu kanak-kanak itu memaklumkan pakaian dan kasut anaknya ditemukan di tepi longkang berhampiran rumahnya. Sehubungan itu, pihak kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar kawasan itu,” katanya.

Tambahnya, kedalaman longkang itu dianggarkan antara satu hingga 1.5 meter dan bersambung dengan Sungai Kedah.

“Jarak antara rumah keluarga kanak-kanak itu dengan longkang berkenaan dianggarkan kira-kira 200 meter. Usaha giat dijalankan untuk mencari kanak-kanak itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya