Kalau pakai baju Bersih, boleh lepas tak, tanya Nooryana Najib

Kalau pakai baju Bersih, boleh lepas tak, tanya Nooryana Najib

NOORYANA NAJWA NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir pihak kerajaan kerana menghalang peserta perhimpunan solidariti untuk berhimpun.

Nooryana Najwa Najib mempersoal tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan sekatan jalan di Putrajaya sekali gus menghalang penyokong Najib untuk berhimpun di Istana Kehakiman.

“Ketika era ‘reformasi’? Kalau pakai baju Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) boleh lepas tak,” katanya di Instagram Story.

Hari ini, rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak kebenaran semakan kehakiman serta notis usul difailkan beliau untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum, didengar oleh Mahkamah Rayuan.

Media sebelum ini melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan sekatan jalan raya di beberapa jalan masuk ke Putrajaya bagi memastikan orang ramai tidak menghadiri himpunan solidariti Najib.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan ketat ke atas semua individu yang memasuki kawasan Putrajaya hari ini.

“Ia bagi memastikan tiada senjata, kain rentang dan sepanduk mengandungi perkataan atau berunsur jelik berupa hasutan dibawa.

“Orang ramai dilarang untuk menyertai perhimpunan aman itu esok kerana ia tidak mendapat kebenaran dari pemilik tanah sekaligus tidak mematuhi syarat-syarat seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN