Kakitangan JKR Melaka maut kemalangan ke tempat kerja

Kakitangan JKR Melaka maut kemalangan ke tempat kerja

BAHAGIAN hadapan motosikal mangsa remuk selepas terlibat kemalangan di Jalan Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Perjalanan seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) menuju ke tempat kerja bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Solok Duku, Masjid Tanah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohd. Huzzaimy Ramli, 34, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari Masjid Tanah menuju ke Sungai Udang manakala kereta Honda BRV dipandu seorang guru lelaki datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta tersebut hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan. Mangsa yang sedang melalui jalan berkenaan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta tersebut.

“Impak pelanggaran menyebabkan mangsa maut di lokasi sementara pemandu kereta berusia 46 tahun mengalami sesak nafas dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Tambah Ashari, siasatan di lokasi mendapati kemalangan berlaku di laluan satu lorong dua hala dan terdapat garisan berkembar manakala keadaan cuaca baik serta cerah.

“Terdapat kesan kaca pecah, plastik, darah dan kesan geseran kenderaan pada permukaan jalan. Pemeriksaan lanjut mendapati tiada saksi bebas yang melihat kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya