Kain rentang ajaran The Ahmadi digantung pada jejantas di Melaka

Kain rentang ajaran The Ahmadi digantung pada jejantas di Melaka

KAIN rentang dipercayai berkaitan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light yang dikesan digantung pada sebuah jejantas di Lebuh AMJ berhampiran Peringgit Jaya, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sehelai kain rentang dipercayai berkaitan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light yang telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dikesan digantung pada sebuah jejantas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Peringgit Jaya di sini, pagi tadi.

Kain berwarna putih tersebut memaparkan tulisan ‘Abdullah Hashem adalah al-Mahdi dan ‘Ahmadi agama keamanan dan cahaya’.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mendapatkan butiran terperinci dan tindakan segera akan diambil untuk menurunkan kain rentang tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan Ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light diputuskan sebagai sesat, menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI.

Pengerusinya, Datuk Nooh Gadot menegaskan sebarang publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran dan penerbitan bahan bercetak, audio visual atau apa-apa yang berkaitan dengan ajaran itu adalah tidak dibenarkan dan hendaklah disekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya