Kadar liputan 5G kini capai 84.4 peratus - Fahmi

Kadar liputan 5G kini capai 84.4 peratus – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar liputan rangkaian 5G di negara ini berjaya mencapai 82.4 peratus dalam kawasan berpenduduk setakat Disember tahun lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan tersebut menjadikan Malaysia antara negara terpantas di dunia yang memperluas akses komunikasi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, pencapaian itu juga sekali gus menunjukkan kadar penembusan akses 5G dalam kalangan rakyat mencatat peningkatan positif.

“Pada Oktober 2023, kadar penembusan akses 5G hanya berada pada 10.8 peratus, namun dalam tempoh setahun, kadar tersebut melonjak hampir lima kali ganda kepada 53.35 peratus.

“Dengan adanya ketersambungan yang meluas, penembusan akses 5G dapat melengkapkan keupayaan untuk penjagaan kesihatan kendiri dalam kalangan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Rintis Future Health For All (FH4A) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha memanfaat dan merealisasikan potensi penuh rangkaian 5G bagi memperkasa sektor kesihatan.

Menurutnya, program rintis FH4A diperkenalkan sebagai inisiatif strategik bertujuan untuk mengaplikasikan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.

“Selain itu ia juga memastikan keterangkuman dan kesaksamaan akses kepada manfaat teknologi kesihatan masa hadapan rakyat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya