Kadar komisen pemandu e-hailing perlu disemak semula

Kadar komisen pemandu e-hailing perlu disemak semula

NATHAN Mathivanan ketika menunjukkan memorandum tuntutan E-Hailing di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) mahu kadar komisen yang dikenakan syarikat pengendali perniagaan pengantaraan (EHO) kepada pemandu e-hailing disemak semula kerana ia dilihat amat membebankan.

Presidennya, M Nathan berkata, ketika ini, kadar komisen dikenakan kebanyakan EHO adalah pada kadar 20 hingga 25 peratus dan kadar itu kali terakhir disemak pada tahun 2009.

Justeru, katanya, pihaknya menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) menyemak semula kadar komisen itu susulan kos hidup yang semakin meningkat.

“Kami mahu kadar komisen diselaraskan semula dan ditetapkan pada kadar 15 peratus kerana pemandu perlu menampung kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan dan masa bekerja yang panjang,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini ada pemandu e-hailing terpaksa bekerja dalam tempoh panjang sehingga 14 jam dan hanya mendapat upah RM100.

Nathan berkata, beliau bersama pasukannya hari ini mengemukakan 21 tuntutan kepada MOT bagi menambah baik industri e-hailing dan p-hailing di negara ini.

Menurutnya, antara tuntutan lain termasuk memperkenalkan kadar bayaran perlindungan insurans minimum kepada pemandu, pampasan kemalangan munasabah, subsidi atau rebat tol ditanggung oleh EHO dan menghapuskan penalti pembatalan tempahan.

Dalam pada itu, Nathan berkata, perhimpunan aman di perkarangan MOT yang dijadualkan esok dibatalkan.

“Ini kerana pihak kementerian memberi kerjasama penuh kepada TPAD bagi membincangkan lanjut isu dan tuntutan oleh persatuan.

“MOT memberi respons baik terhadap isu yang kami kemukakan dan mereka menyambut baik setiap tuntutan dikemukakan TPAD.

“Malah, MOT meminta kami hadir semula dua minggu lagi bagi berkongsi maklum balas yang diterima daripada EHO,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya