Jurutera data dituduh guna wang syarikat 

Jurutera data dituduh guna wang syarikat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang jurutera data mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan salah guna wang syarikat, tujuh bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Jimmy Hoong Kam Weng, 45, didakwa telah menyalahgunakan wang milik Syarikat Seng & Kian Enterprise Sdn. Bhd. berjumlah RM145,000 melalui akaun bank milik Kam Weng pada 17 Mei lalu di Wisma Mount Kiara di sini.

Perbuatan itu didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya, R. Harvind mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan. 

Bagaimanapun, peguam bela C.W Chan yang mewakili tertuduh merayu jaminan yang minima atas alasan anak guamnya merupakan ketua keluarga yang perlu menanggung ahli keluarganya. 

“Anak guam saya mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah. Saya juga difahamkan isterinya tidak bekerja hanya seorang suri rumah. Saya merayu kepada mahkamah untuk memberikan jaminan yang minima supaya tidak membebankan anak guam saya buat ketika ini,” kata Chan. 

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bersama seorang penjamin tempatan dan menetapkan 3 Februari hadapan bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya