Jurusolek didakwa lakukan persetubuhan luar tabii pelakon lelaki

Jurusolek didakwa lakukan persetubuhan luar tabii pelakon lelaki

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang jurusolek didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelakon lelaki di dalam salun miliknya, minggu lalu.

Tertuduh, Saril Sarip, 42, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan cara memasukkan kemaluan mangsa yang berusia 18 tahun ke dalam mulutnya tanpa kerelaan dengan meletakkan ketakutan kepada mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 4.15 petang di sebuah premis bernombor di Taman Tasik Utama dalam daerah Melaka Tengah pada 17 Januari 2025.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah juga disebat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain mencadangkan jaminan RM 10,000 beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melapor diri di Balai Polis Durian Tunggal sekali sebulan.

Peguam L. Sharveen yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah kerana anak guamnya memiliki kedai gunting rambut dengan pendapatan antara RM2,000 dan RM2,500 sebulan selain menjaga kakak dan ibunya yang uzur.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya