Jurugambar sambilan maut, nahas langgar pokok

Jurugambar sambilan maut, nahas langgar pokok

KEADAAN kenderaan yang dipandu mangsa yang maut dalam nahas di Kilometer 15, Jalan Seremban-Tampin, Rembau, Negeri Sembilan. - GAMBAR IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang jurugambar sambilan yang juga pelajar German-Malaysia Institute (GMI) maut selepas kereta yang dipandunya melanggar pokok dalam nahas di Kilometer 15, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa Muhammad Aiman Mohd. Nor, 25, yang memandu kereta jenis Proton Wira disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban ke Rembau seorang diri. Apabila sampai di lokasi kejadian yang berselekoh, mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di sebelah kiri jalan.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Azmi lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, susulan kejadian tersebut, sepasukan 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau dan Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8.10 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, sebaik tiba, didapati seorang lelaki tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya