PUTRAJAYA: Jumlah trafik penumpang udara Malaysia pada tahun lalu mencapai 97.1 juta iaitu peningkatan sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan 85 juta penumpang. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jumlah tersebut selaras dengan ramalan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) iaitu antara 95.4 hingga 97.6 juta penumpang. Menurutnya, trafik penumpang udara yang didorong oleh segmen ASEAN dan antarabangsa pula masing-masing mencatat pertumbuhan sebanyak 19.8 peratus dan 38.9 peratus. Bagi segmen penumpang domestik pula katanya, ia mencatat pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus. “Sebelum pandemik Covid-19, kita lihat jumlah pergerakan penumpang adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya