Jumlah mangsa banjir Johor meningkat 3,471 penduduk 

Jumlah mangsa banjir Johor meningkat 3,471 penduduk 

ANTARA kawasan yang terjejas akibat banjir di Kota Tinggi dan Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 3,471 penduduk daripada 1,025 keluarga, setakat pukul 10 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu bertambah berbanding 1,291 penduduk daripada 396 keluarga yang direkodkan pada 2 petang semalam.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 36 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

“Hari kedua banjir di negeri ini menyaksikan Kota Tinggi merupakan daerah paling terjejas dengan seramai 1,136 penduduk daripada 364 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.

“Turut terjejas ialah daerah Kulai dengan seramai 748 penduduk daripada 187 keluarga dipindahkan ke lima PPS di daerah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, jumlah mangsa banjir di Johor Bahru melibatkan 605 penduduk daripada 206 keluarga di lima PPS diikuti 526 penduduk daripada 154 keluarga di lima PPS di Kluang dan 436 penduduk daripada 114 penduduk di lapan PPS di Pontian.

Katanya, ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga esok.

“Tiga sungai di negeri ini berada di paras bahaya melibatkan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat; Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dan Sungai Siam di Kampung Sungai Siam, Kulai,” ujarnya.

Katanya, sehingga kini, dua jalan di Kota Tinggi iaitu Jalan Mawai Lama (rumah burung) ditutup sepenuhnya manakala Jalan Tanjung Sedili hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya