JPA diarah buat pusingan kerja kakitangan berkhidmat lebih 5 tahun di kaunter perkhidmatan

JPA diarah buat pusingan kerja kakitangan berkhidmat lebih 5 tahun di kaunter perkhidmatan

SHAMSUL Azri Abu Bakar bercakap kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diarah untuk meneliti dan melaksanakan pusingan kerja membabitkan kakitangan awam yang telah berkhidmat di kaunter perkhidmatan melebihi lima tahun.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, ini kerana tempoh lima tahun berkhidmat di posisi yang sama adalah disifatkan terlalu lama dan juga tidak bersesuaian.

“Bagi saya, jika kita berkhidmat lebih daripada lima tahun di satu-satu kaunter, kita patut ditukarkan dan dibuat proses pusingan kerja kerana lima tahun duduk menjaga kaunter adalah terlalu lama dan tidak bersesuaian.

“Maka itu saya mohon JPA boleh tengok semua kakitangan dan pegawai-pegawai yang telah berkhidmat di kaunter perkhidmatan melebihi lima tahun untuk dibuat pusingan kerja,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025 di sini hari ini.

Dalam pada itu, menerusi sidang akhbar, Shamsul Azri berkata, sekiranya kakitangan kerajaan terbabit menjalankan tugas yang sama melebihi lima tahun, tidak mustahil mereka juga akan tertekan.

Justeru, beliau mahu memastikan setiap kakitangan awam yang bertugas di kaunter perkhidmatan melaksanakan pusingan kerja agar dapat menjalankan fungsi-fungsi lain.

“Kita pastikan bahawa mereka ini akan digilirkan tugas fungsi-fungsi lain sebab apabila dia nak jalani peperiksaan untuk kenaikan pangkat, banyak soalan yang tak boleh jawab kerana dia fokus kerja itu sahaja.

“Kadang-kadang lebih daripada lima tahun boleh menyebabkan (penjawat awam) sangat tertekan, jadi kena bagi tugasan baharu untuk perubahan kerjaya,” ujarnya.

Ditanya sama ada pertukaran pusingan kerja itu memerlukan satu pekeliling baharu, Shamsul Azri menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan proses tersebut adalah aktiviti biasa dalam perkhidmatan awam.

“Proses ini untuk menambah baik perkhidmatan kaunter sebab kadang-kadang kita tengok ada petugas kaunter marah-marah orang (pelanggan) kerana terlalu lama (berkhidmat di kaunter) jadi dia pun rasa kecewa,” katanya.

Beliau juga berkata, proses pusingan kerja itu dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat dengan melibatkan jumlah kakitangan awam secara besar-besaran.

“Saya minta kalau boleh (dilaksanakan dalam) sebulan dua (ini) melibatkan (kakitangan) di kaunter perkhidmatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya