Johor rekod hasil tertinggi RM2.1 bilion

Johor rekod hasil tertinggi RM2.1 bilion

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor merekodkan hasil sebanyak RM2.1 bilion pada tahun lalu, yang tertinggi dalam sejarah kerajaan negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah itu melebihi sasaran awal RM1.9 bilion.

Berdasarkan kutipan hasil negeri yang disokong pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, kerajaan negeri menyasarkan kutipan hasil mencecah RM2.5 bilion tahun ini.

“Buat pertama kali dalam sejarah Johor, kita menutup akaun dengan kutipan hasil sebanyak RM2.1 bilion, hasil negeri sudah meningkat.

“Seperti yang dibincangkan ketika mempersembahkan laporan itu kepada Pemangku Sultan Johor, kita menjangkakan dengan pembaharuan yang dilakukan, kita mampu merekodkan kutipan RM2.3 hingga RM2.5 blion,” katanya selepas menghadiri Bengkel Strategik Program Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) di Hotel Sunway Big Box, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Dr. Idris Jala.

Onn Hafiz berkata, tiada guna ada pendapatan yang banyak jika tidak dipulangkan semula kepada rakyat.

“Kalau boleh, kita bukan sahaja nak jadi negeri yang mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi negeri pertama umum bonus tertinggi kepada penjawat awam, tiga atau empat bulan gaji sekiranya capai sasaran,” katanya.

Katanya, cara kerja penjawat awam termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menunjukkan prestasi membanggakan namun berpotensi untuk menjadi lebih baik.

“Kutipan hasil yang melebihi sasaran tahun lalu adalah berkat usaha semua pihak termasuk pegawai kerajaan dan semua yang terlibat sehingga berjaya merekodkan hasil negeri RM2.1 bilion.

“Kita bersyukur dengan pencapaian ini dan dalam masa sama kita perlu tingkat usaha lagi dan memberi pulangan yang lebih tinggi kepada rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya