Johor bentang Pelan Kemajuan Halal 2030

Johor bentang Pelan Kemajuan Halal 2030

MOHD. Fared Mohd. Khalid beramah mesra ketika Majlis Khatam Al-Quran Tadika Agama Johor Peringkat Negeri Johor Kali Ke-14 Tahun 2024M / 1446H di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri bakal membentangkan Pelan Kemajuan Halal Johor 2030, pada Mac ini bagi memacu industri halal di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, kertas kerja dan kajian pelan tersebut kini berada di fasa akhir untuk dilengkapkan.

Katanya, Halal Johor 2030 mesti bergerak lebih pantas untuk meneroka peluang dalam industri halal yang meluas dan merentasi sempadan sekali gus mampu meningkatkan ekonomi negeri ini.

“Pelan ini akan menjadi rangka strategik bagi menjadikan Johor sebagai hab halal utama, bukan sahaja di peringkat nasional malah juga antarabangsa.

“Ia merangkumi inisiatif memperkasakan industri tempatan serta memastikan pematuhan piawaian halal global untuk membina keyakinan pengguna terhadap produk keluaran Johor,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Tadika Agama Johor Peringkat Negeri Johor Kali Ke-14 Tahun 2024M / 1446H di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fared, Pelan Kemajuan Halal Johor 2030 itu antaranya bagi mempermudahkan pemain industri kecil dan sederhana (IPS) memohon sijil halal untuk dipasarkan hingga ke pasaran antarabangsa.

“Selain itu, kita turut menyediakan Halal Cottage yang mana 100 usahawan pertama akan diberikan bantuan RM5,000 untuk mereka membuat permohonan halal dan mereka diberikan bantuan dari segi peralatan.

“Mereka ini akan dipantau dan diselia untuk pastikan mereka boleh bergerak berkembang dengan maju. Justeru, kita menyeru kepada semua usahawan IKS untuk memohon dalam Halal Cottage daripada MAINJ (Majlis Agama Islam Negeri Johor),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya