Joehari kena pacu perubahan FAM

Joehari kena pacu perubahan FAM

MOHD JOEHARI MOHD AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub perlu memainkan peranan besar dalam usaha membawa perubahan dalam pentadbiran baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Mohd. Joehari akan diumum menang tanpa bertanding dalam kongres pemilihan FAM pada 15 Februari depan selepas menjadi calon tunggal merebut jawatan No.1 badan induk itu.

Dengan adanya revolusi Harimau Malaya yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan, Robert Douglas Friend, pastinya ia sedikit sebanyak mengurangkan bebanan tugas FAM.

Justeru, Mohd. Joehari boleh memberi tumpuan kepada isu lain termasuk pembangunan akar umbi dan membasmi masalah tunggakan gaji yang melanda Liga Malaysia (Liga M).

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail juga menaruh harapan untuk melihat barisan kepemimpinan baharu FAM yang akan diketuai Joehari dapat meraih pencapaian lebih baik daripada apa yang sudah dilakukan tampuk pentadbiran di bawah Tan Sri Hamidin Mohd. Amin sebelum ini.

“Saya nampak Hamidin sudah buat yang terbaik, jadi saya harap Joehari boleh buat lebih baik. Saya yakin beliau boleh sebab saya duduk dalam Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan bersama beliau, saya tengok beliau ada kaliber.

“Pada saya, beliau boleh jadi presiden yang bagus dan berharap dengan perubahan ini kita akan tengok FAM lebih menonjol. Walaupun Hamidin banyak jasa, saya rasa perubahan ini satu momentum untuk kita bergerak ke depan lagi.

“Bola sepak adalah proses pembelajaran yang panjang, bukan kata main hari ini, esok sudah pandai. Begitu juga pentadbiran, jadi saya yakin dan percaya barisan yang diketuai Mohd Joehari sudah tengok kelemahan lalu dan akan perbetulkan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya