JKM beri bantuan kaunseling keluarga mangsa OKU mental dipukul 

JKM beri bantuan kaunseling keluarga mangsa OKU mental dipukul 

TANGKAP layar video memaparkan beberapa individu memukul seorang lelaki kategori orang kurang upaya (OKU)  mental selepas terlanggar salah sebuah gerai jualan dengan motosikalnya di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memberi bantuan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi (IKSP) kepada keluarga mangsa Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul beramai-ramai dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Terengganu. 

JKM dalam kenyataan memaklumkan, bantuan itu dilaksanakan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kemaman melalui sesi kaunseling bagi membantu menstabilkan emosi keluarga yang terjejas akibat kejadian itu.

Melalui semakan JKM, mangsa adalah Pemegang Kad OKU Kategori Mental yang telah mendapat kelulusan Kad OKU pada 19 Mac 2023. 

“JKM menzahirkan rasa simpati kepada mangsa dan akan terus memberikan sokongan kepada keluarga. 

“JKM juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang bersolidariti menzahirkan rasa simpati kepada OKU yang teraniaya ini. 

“Sifat ihsan sebegini harus ditanam dalam diri setiap individu supaya tiada yang akan melakukan tindakan di luar batas kemanusiaan kepada sesiapa pun di masa hadapan,” katanya hari ini.

Pada masa sama, JKM berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas serta berharap siasatan dapat diselesaikan segera dan pesalah dikenakan hukuman. 

“Perkara ini adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan berada di luar batas tatasusila kehidupan bermasyarakat yang diamalkan di negara ini,” katanya.  

Terdahulu, polis menahan seorang lagi lelaki yang merupakan individu keenam dipercayai terlibat dalam kes memukul OKU mental itu.

 Perintah reman selama tiga hari terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin, bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 

Sebelum ini, lima suspek berusia 18 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya