JKDM pecah rekod kutipan tertinggi RM65.57 bilion

JKDM pecah rekod kutipan tertinggi RM65.57 bilion

ANIS Rizana Mohd Zainudin (lima, kanan) menunjukkan carta pencapaian hasil ketika sidang media di Ibu Pejabat Kastam di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mencatatkan prestasi cemerlang dalam kutipannya sepanjang 2024 lalu apabila merekodkan sejumlah RM65.57 bilion.

 Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, perolehan hasil tersebut melebihi unjuran ditetapkan Kementerian Kewangan (MOF), malah melepasi sasaran awal iaitu RM56 bilion sebelum disemak balik kepada RM61.17 bilion.

 Katanya, MOF melaksanakan unjuran kutipan semakan semula berdasarkan rekod Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan pada 18 Oktober lalu susulan kejayaan JKDM berjaya melepasi unjuran hasil ditetapkan kerajaan pada awal tahun.

 Beliau berkata, kutipan keseluruhan yang diperoleh sehingga 31 Disember lalu adalah bersamaan dengan 117.08 peratus daripada unjuran pada awal tahun.

 “Pada tahun sebelumnya, JKDM mencatatkan kutipan sebanyak RM55.17 bilion dengan merekodkan pertambahan RM10.4 bilion atau bersamaan kenaikan sebanyak 18.85 peratus.

“Peningkatan itu merupakan angka tertinggi pasca pandemik Covid-19 dan mencerminkan usaha berterusan JKDM dalam pengukuhan kutipan hasil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya mengenai sasaran tahun ini pula, Anis Rizana berkata, pihak MOF menetapkan sebanyak RM67.25 bilion dan diyakini mampu dicapai ekoran pelbagai penambahbaikan dilaksanakan JKDM melalui usaha transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI).

 Beliau memberikan contoh penempatan sejumlah 40 unit mesin pengimbas baharu dilengkapi AI melibatkan 24 lokasi di seluruh negara sekali gus berjaya mengatasi ketirisan apabila mampu mengenal pasti barangan diimbas dalam masa kurang 30 saat sahaja dengan ketepatan 100 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya