Jimat RM400 khatan dua anak

Jimat RM400 khatan dua anak

PROGRAM Berkhatan Anak Pahang 2025 memberi peluang kepada ibu bapa mengkhatankan anak mereka secara percuma. – UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang bapa jimat RM400 bagi kos mengkhatankan dua anaknya dengan menyertai Program Berkhatan Anak Pahang 2025 di dataran Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Koyan di sini, semalam.

Bapa, Azhar Rahman, 57, berkata, pernah mengkhatankan anak lelaki sulungnya di klinik swasta dengan bayaran RM200.

Justeru, dia tidak mahu melepaskan peluang mengkhatankan dua lagi anak lelakinya berusia 10 tahun dan 11 ttahun secara percuma menerusi program di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang).

“Dengan adanya insiatif kerajaan negeri ini dapat membantu sedikit sebanyak.

“Saya ada lima orang anak dengan tiga daripadanya lelaki. Anak lelaki yang pertama saya bawa sunat di klinik swasta dan memang tinggilah kosnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Seorang bapa, Mohd. Hafizi Yunus, 37, mengakui pernah mengeluarkan RM180 mengkhatankan anak sulungnya di klinik swasta dengan kos RM180 yang dirasakan agak mahal.

Dianggarkan seramai 3,500 kanak-kanak lelaki menerima manfaat dari Program Berkhatan Anak Pahang 2025. Program bermula di Lipis itu disempurnakan pelancarannya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sebanyak RM1.3 juta diperuntukkan untuk program yang dijalankan di setiap daerah sehingga 10 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya