Jepun sedia kongsi kepakaran urus bencana khusus banjir

Jepun sedia kongsi kepakaran urus bencana khusus banjir

ANWAR Ibrahim bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba serta delegasi ketika mesyuarat dua hala pada sambutan rasmi Perdana Menteri Jepun ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jepun sedia bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran mereka kepada Malaysia berkaitan isu bencana khususnya melibatkan banjir.

Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba berkata, ini kerana Malaysia sering terdedah kepada risiko dan kerosakan akibat daripada bencana tersebut.

“Malaysia cenderung mengalami banjir dan kerosakan akibat banjir, jadi kami bersetuju untuk bekerjasama dengan memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman Jepun dalam bidang pencegahan bencana.

“Kami juga bersetuju bahawa antara Jepun dan Malaysia, kami ingin bekerjasama dalam pelbagai bidang dalam komuniti antarabangsa dan kami melihat adanya persamaan dalam pandangan,” katanya menerusi sidang akhbar bersama di sini hari ini.

Ishiba yang dalam lawatan pertamanya ke Malaysia diberi sambutan rasmi negara awal hari ini.

Kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan sebanyak RM1 bilion bagi kerja-kerja baik pulih kerosakan awam akibat banjir yang melanda di kebanyakan negeri baru-baru ini.

Manakala, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2023 memaklumkan negara kerugian RM755.4 juta akibat banjir pada tahun 2023 atau 0.04 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal.

Nilai kerugian tersebut meliputi kerosakan tempat kediaman sebanyak RM168.3 juta, kenderaan (RM22.3 juta), premis perniagaan (RM53.2 juta) dan pembuatan (RM10.3 juta).

Selain itu ia turut melibatkan kerugian industri pertanian sebanyak RM120.6 juta serta aset awam dan infrastruktur (RM380.7 juta). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya