Jelajah Peduli Ummah: Memperkasa komuniti Taman Nirwana dengan keperihatinan

Jelajah Peduli Ummah: Memperkasa komuniti Taman Nirwana dengan keperihatinan

Jelajah Peduli Ummah
Antara aktiviti Jelajah Peduli Ummah diteruskan di Taman Nirwana, Ampang, dengan kerjasama beberapa pihak termasuk MAPIM Malaysia dan ZUS Coffee.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pada 25 Januari lalu, program Jelajah Peduli Ummah diteruskan di Taman Nirwana, Ampang, dengan kerjasama beberapa pihak termasuk MAPIM Malaysia dan ZUS Coffee.

Program ini menyasarkan bantuan kepada golongan asnaf dan masyarakat kurang bernasib baik, mencerminkan komitmen bersama dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.

Kini memasuki bulan keempat pelaksanaannya, Jelajah Peduli Ummah telah menjelajah ke lapan negeri di seluruh negara.

Melalui pendekatan bersasar, program ini berjaya mendekati pelbagai lapisan masyarakat, menyampaikan bantuan yang memberi impak besar kepada mereka yang memerlukan.

Rafizi Ramli hadir pada program Jelajah Peduli Ummah diteruskan di Taman Nirwana, Ampang, dengan kerjasama beberapa pihak termasuk MAPIM Malaysia dan ZUS Coffee.

Menyantuni Komuniti dengan Keprihatinan

Fokus utama program ini adalah menyampaikan bantuan secara langsung kepada komuniti setempat. Antara inisiatifnya termasuk pengagihan kotak bantuan mengandungi keperluan asas kepada 100 keluarga asnaf dan golongan memerlukan dari pelbagai latar belakang.

Lebih lima buah rumah telah diziarahi untuk memberikan bantuan secara peribadi, termasuk kepada sebuah keluarga yang sedang menghadapi cabaran menjaga anak yang menghidap leukemia.

Selain itu, Mobile Kitchen turut diperkenalkan dalam program ini, menyediakan hidangan panas dan minuman kepada masyarakat sepanjang acara berlangsung.

Langkah ini bertujuan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas tetapi juga mewujudkan suasana mesra yang menggalakkan interaksi positif bersama komuniti setempat.

Memperkukuh Hubungan Komuniti

Sebagai sebahagian daripada siri Jelajah Peduli Ummah, pelbagai aktiviti turut dianjurkan untuk mempererat hubungan antara komuniti setempat.

Antaranya termasuk Program Wanita Tunggak Ekonomi Keluarga, yang melibatkan kerjasama strategik antara Pejabat Parlimen Pandan, MAPIM Malaysia, ZUS Coffee, serta persatuan penduduk setempat.

Aktiviti utama dalam program ini merangkumi kaunter aduan bergerak yang dikendalikan oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Mobile Clinic MAIWP-MAPIM, Jualan Rahmah, dan pertandingan memasak.

Kehadiran pemimpin tempatan yang menziarahi keluarga asnaf serta menyampaikan bantuan secara langsung turut memberikan perhatian khusus kepada isu-isu komuniti yang memerlukan penyelesaian segera.

Komitmen Bersama untuk Kesejahteraan Masyarakat

Sebagai salah satu rakan kerjasama dalam projek ini, ZUS Coffee turut menyumbang melalui penglibatan langsung sukarelawan yang terdiri daripada pengurus dan barista cawangan mereka.

Pendekatan ini memberi nilai tambah kepada program dan memperlihatkan sokongan kukuh terhadap usaha memperkasakan komuniti.

Jelajah Peduli Ummah membuktikan bahawa inisiatif kemasyarakatan mampu memberikan impak positif yang signifikan kepada komuniti. Melalui kerjasama pelbagai pihak, program ini bukan sahaja menyampaikan bantuan, tetapi juga membina hubungan yang lebih erat antara masyarakat dan memupuk nilai kemanusiaan yang tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN