JBPM Johor dapatkan bantuan aset negeri lain

JBPM Johor dapatkan bantuan aset negeri lain

SITI ROHANI Nadir meninjau keadaan paras air Sungai Johor di Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Johori mendapatkan bantuan aset dari negeri lain dalam mengukuhkan kesiapsiagaan menghadapi sekiranya situasi banjir bertambah buruk.

Pengarahnya, Siti Rohani Nadir berkata, bantuan berupa tiga buah lori lima tan dari Pusat Gerakan Operasi Kebangsaan JBPM telah ditempatkan di tiga daerah yang terjejas, iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Katanya, aset itu akan digerakkan jika keadaan memerlukan bagi membantu melancarkan operasi menyelamat berdasarkan situasi semasa.

“Banjir di Johor memasuki gelombang ketiga telah bermula sejak 10 Januari lepas sampai hari ini. Di Johor setakat ini ada empat daerah terjejas dari lima daerah sebelum ini yang masih banjir, iaitu di Kota Tinggi, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, manakala di Kulai telah ditutup. 

“JBPM Johor sentiasa memantau cuaca berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada METMalaysia, JPS dan Pusat Gerakan Operasi Bencana telah persiapkan diri dari awal lagi dan pada masa ini keadaan masih terkawal, tetapi kita jangka akan ada luruan hujan berikutnya pada 15 Januari hingga 17 Januari. 

“Kami telah arahkan semua balai di Johor untuk sentiasa bersiap siaga bukan hanya libat balai bomba di empat daerah terjejas tetapi semua,” katanya selepas meninjau paras air di Sungai Johor, di sini.

Siti Rohani berkata, bagi daerah Kota Tinggi pemantauan dan rondaan dilakukan di sekitar kawasan utama di Sungai Johor. 

“Setiap hari semua anggota di balai diminta buat pemantauan di kawasan ‘hotspot’ banjir bagi kenal pasti paras air dan dalam masa sama beri nasihat kepada orang ramai yang tinggal berdekatan sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya