Jangan tolak MRSM atas alasan kewangan

Jangan tolak MRSM atas alasan kewangan

CALON MRSM yang mendapat tempat tidak perlu menjadikan masalah kewangan sebagai alasan untuk menolak tawaran - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jangan jadikan alasan kemiskinan dan kekangan kewangan untuk menolak tawaran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, calon MRSM yang mendapat tempat tidak perlu menjadikan masalah kewangan sebagai alasan untuk menolak tawaran.

Katanya, calon MRSM yang berdepan dengan masalah kewangan boleh merujuk dengan mana-mana pejabat Mara untuk memohon bantuan.

“Insya-Allah saya dah minta Mara dan semua 57 MRSM bantu,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Semalam, Utusan Malaysia Melaporkan seramai 8,909 pemohon diberi tawaran untuk belajar di MRSM bagi sesi kemasukan tahun ini.

Secara keseluruhan Mara menerima sebanyak 93,635 permohonan, namun hanya 7,229 tempat disediakan bagi kemasukan ke tingkatan satu dan 1,680 lagi adalah bagi pelajar tingkatan empat.

Asyraf Wajdi berkata, Mara masih mengekalkan dasar sedia ada dengan 60 peratus penawaran adalah kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dengan kautamaan juga diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya