Jangan tertipu pakej haji syarikat tidak berlesen - Mohd Na’im

Jangan tertipu pakej haji syarikat tidak berlesen – Mohd Na’im

MOHD Na'im Mokhtar beramah mesra bersama para pengunjung pada Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga (KHUP 3) di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan kepada semua bakal jemaah haji supaya berhati-hati dengan penipuan pakej haji dan umrah yang ditawarkan individu dan syarikat pelancongan yang tidak berlesen.

Menurut beliau, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pengurusan Tabung Haji (TH) dalam memberi peringatan secara berkala kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran pakej haji yang meragukan melalui platform media cetak, media elektronik dan juga di media sosial.

Bagaimanapun, katanya, masih ramai lagi yang terpedaya dengan pakej-pakej haji tidak sah yang ditawarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan memandang serius dengan isu ini dan tekad untuk menangani kes penipuan membabitkan jemaah haji negara menerusi kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Justeru, suka saya ingatkan semua bakal haji untuk memastikan pakej haji yang ingin diambil adalah daripada PJH (pengelola jemaah haji) yang telah dilesenkan oleh TH termasuk bakal haji yang mendapat visa Furada dan Mujamalah agar pemantauan dapat dilakukan bagi memastikan semua jemaah haji Malaysia mendapat perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1446H/2025M di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan dan lesen daripada Tabung Haji boleh dikenakan tindakan undang- undang di bawah Akta Tabung Haji 1995.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, beliau berharap semua PJH memberikan perkhidmatan terbaik kepada bakal-bakal haji dengan aspek tadbir urus dan tatakelola pengurusan jemaah haji perlu berada pada kualiti integriti yang tinggi.

“Dalam usaha memberikan perkhidmatan kepada pelbagai lapisan masyarakat dengan nilai pakej yang tertentu, syarikat PJH juga disyaratkan untuk menawarkan pakej haji ekonomi yang berharga di bawah RM55,000 untuk memberi pilihan kepada bakal jemaah haji mendapatkan perkhidmatan pakej haji,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya