Jangan potong BAP bagi tujuan lain

Jangan potong BAP bagi tujuan lain

BARISAN pegawai pendidikan daerah di seluruh Pahang hadir menerima replika cek Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Indera Mahkota, Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengurusan sekolah diingatkan tidak memotong wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang disalurkan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar bagi tujuan lain. 

Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pendidikan, Datuk Ahmad Suhami Endut berkata, ini termasuk pemotongan bagi pembiayaan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). 

Katanya, bantuan berjumlah RM150 terbabit seharusnya diberikan sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga untuk tujuan persiapan persekolahan anak mereka.

“Kementerian telah mengarahkan pemberian ini tidak dipotong, termasuk bagi yuran PIBG. Bantuan ini perlu digunakan sepenuhnya untuk pendidikan.

“Kita sedar terdapat aduan dan kebimbangan daripada ibu bapa berhubung isu pemotongan ini. Kita tidak mahu perkara tersebut berlaku,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan replika cek  BAP 2025 peringkat Negeri Pahang di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Indera Mahkota, di sini hari ini. 

Menurut Ahmad Suhami, sejumlah RM791.25 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk pelaksanaan BAP bagi tahun ini 

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM723.17 juta telah disalurkan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara untuk diagihkan kepada 5.2 juta pelajar,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya