Jangan masuk campur urusan UMNO 

Jangan masuk campur urusan UMNO 

ROZI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak campur tangan dalam urusan dalaman UMNO kerana bimbang boleh mencetuskan ketegangan dan menjejaskan keharmonian dalam kerajaan perpaduan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, UMNO adalah parti yang berdaulat dengan prinsip dan perjuangan tersendiri, apatah lagi dalam bersolidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“Tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh Guan Eng terhadap UMNO kerana berganding bahu dengan Pas dalam perhimpunan solidariti itu amat tidak wajar dan melanggar semangat saling menghormati dalam kerajaan perpaduan.

“Beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Sebagai ahli parti, kami terus mempertahan keadilan untuk beliau tanpa mengira apa juga tohmahan pihak luar.

“Ini adalah soal prinsip perjuangan dan kesetiaan kepada pemimpin yang pernah berjasa kepada negara dan parti. Tuduhan melulu sebegini hanya mencerminkan kejahilan dan niat buruk untuk mencetuskan provokasi dan ia perlu dihentikan segera,” katanya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya