Jangan label Terengganu tidak selamat gara-gara kejadian belasah OKU

Jangan label Terengganu tidak selamat gara-gara kejadian belasah OKU

MALIAMAN Kassim (tengah) bertanya khabar Ahmad Nor Al Faizan Jusoh (kiri) semasa menziarahinya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu bukan sebuah negeri yang tidak selamat gara-gara kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental dibelasah di Pasar Tani Padang Astaka dekat Kemaman, Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, kejadian itu bukan menggambarkan budaya penduduk negeri ini.

Justeru, beliau berharap orang ramai tidak melabelkan Terengganu sebagai negeri yang tidak selamat berhubung insiden tersebut.

“Jadikan ia pengajaran buat semua agar tidak terlalu mengikut emosi dan membelakangkan undang-undang. Alhamdulillah, saya lega kerana lelaki tersebut semakin stabil dan ceria.

“Kita berharap lelaki tersebut cepat pulih dan kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin,” katanya selepas menziarahi lelaki OKU tersebut,  Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan untuk membincangkan semua permasalahan yang melibatkan golongan OKU di Terengganu pada 5 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya