Jangan hukum semua pemandu OKU - Utusan Malaysia

Jangan hukum semua pemandu OKU

ANTHONY Loke (belakang, dua dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian antara Ipoh Sentral Sdn. Bhd. (ISSB) dan Country Annexe Sdn. Bhd. (CASB) untuk membangunkan Ipoh Sentral di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Cadangan membatalkan atau menarik lesen memandu golongan kurang upaya (OKU) tidak boleh dibuat kerana sesuatu kejadian yang terpencil melibatkan golongan itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan sebegitu akan menyebabkan ramai OKU menjadi mangsa kerana golongan itu turut memerlukan lesen memandu untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Kalau ada kes spesifik kita akan lihat. Tidak perlu secara umum untuk kita mangsakan semua OKU. Ada OKU perlukan lesen untuk berulang alik,” katanya kepada pemberita semasa majlis pengumuman projek Ipoh Sentral di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang cadangan membatalkan lesen memandu kumpulan OKU yang dianggap atau disahkan oleh pihak berwajib tidak sesuai untuk berada di atas jalan raya termasuk masalah berkaitan mental.

Jelas Anthony, terdapat ramai kumpulan OKU yang memerlukan lesen memandu untuk mencari pendapatan termasuklah menjadi pemandu e-hailing.

“Kalau ada kes-kes terpencil, kita akan lihat sama ada lesen mereka perlu ditarik balik atau tidak. Itu bergantung kepada kes spesifik dan bukan suatu dasar (kerajaan). Ramai OKU yang mampu membawa kenderaan dengan selamat.

“Malah kita ada pemandu e-hailing golongan OKU yang bisu, pekak dan sebagainya yang dilesenkan. Mereka adalah pemandu yang baik. Saya tidak mahu satu kenyataan yang umum, kemudian mangsakan OKU yang lain,” katanya.

Negara sebelum ini dikejutkan dengan beberapa kes kemalangan dan pertengkaran yang didakwa membabitkan pengguna jalan raya daripada golongan OKU. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya