Jangan cepat jatuh hukum, kita bukan Tuhan - Tony Eusoff - Utusan Malaysia

Jangan cepat jatuh hukum, kita bukan Tuhan – Tony Eusoff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Tony Eusoff berharap masyarakat tidak mudah jatuh hukum terhadap pelawak popular yang kini menjalani hukuman penjara enam bulan di Jeddah, Arab Saudi akibat dadah.

Tony, 47, berkata orang ramai seharusnya membiarkan pihak berkuasa mengendalikan kes tersebut dan hanya membuat penilaian selepas pelaku terbukti bersalah.

“Jangan cepat jatuh hukum. Kita tidak tahu masalah apa yang dihadapi individu terbabit. Banyak faktor yang mendorong tindakan seseorang itu. Kita tidak lalui apa yang dihadapi individu tersebut. 

“Setiap manusia alamai cabaran hidup yang berbeza-beza. Jadi kita seharusnya bersikap empati. 

“Individu terlibat mungkin seorang bapa, suami, abang atau adik. Apa perasaan keluarganya kalau kita menghukum dia sedemikian rupa? 

“Jadi janganlah kita mudah menilai buruk orang lain. Kita bukan Tuhan dan kita pun bukan baik sangat. Jadi, beri masa kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan dan biarlah kes tersebut selesai atas lunas undang-undang,” katanya.

Tony yang pernah melakukan kesilapan sama dan dipenjara lima bulan 10 hari di Singapura pada tahun 2016 juga menyesali perbuatannya dan menyifatkan fasa tersebut sebagai titik terendah dalam hidupnya kerana mengecewakan hati ibu tercinta. 

“Tiada yang lebih menyedihkan apabila melihat ibu sendiri menitiskan air disebabkan kesilapan yang kita lakukan. Perkara itu buat saya terfikir bahawa saya perlu jadi lebih matang.

“Ada yang kata saya dianiayai, tetapi ia sebenarnya kesalahan dan kenakalan saya. Selepas hukuman berakhir, saya menyimpan perasaan bercampur baur tentang penerimaan masyarakat.

“Namun saya lega apabila individu yang saya tidak kenali datang dan bagi kata-kata semangat pada saya,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya