Janda anak tiga dicekup kerana berkhalwat kali kedua

Janda anak tiga dicekup kerana berkhalwat kali kedua

BANGUNAN Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang janda anak tiga dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kerana kesalahan berkhalwat untuk kali kedua, Selasa lalu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, janda berusia 36 tahun itu ditangkap khalwat bersama teman lelakinya yang berusia 32 tahun di sebuah rumah sewa di Kuala Ibai, di sini pada pukul 3 pagi.

“Ini bukan kali pertama pasangan itu ditangkap atas kesalahan sama. Kesalahan berulang untuk kali kedua menyebabkan pasangan itu boleh dihukum atas pertimbangan hakim, sama ada di khalayak ramai atau di penjara.

“Ini selaras Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022,” katanya hari ini.

Katanya, sepanjang tahun lalu, JHEAT merekodkan  sebanyak 146 kes tangkapan khalwat di Terengganu bagi tempoh Januari hingga Ogos 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya