Jalan pantai runtuh, penduduk guna laluan alternatif

Jalan pantai runtuh, penduduk guna laluan alternatif

KEADAAN jalan raya rosak teruk berikutan fenomena ombak besar Ketika tinjauan di Jalan Pantai Kampung Tanjong, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penutupan dua jalan pantai di Batu Rakit, Kuala Nerus, dekat sini sejak Sabtu lalu menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif untuk urusan harian mereka.

Bagaimanapun, mereka akur dengan arahan pihak berkuasa kerana bimbang faktor keselamatan sekiranya berdegil menggunakan laluan yang ditutup.

Seorang penduduk, Mohd. Hafiz Hamdan, 42, berkata, mereka tidak menghadapi masalah dengan penutupan itu kerana jarak laluan alternatif sekitar 1.2 kilometer sahaja.

“Namun, kami tetap berharap agar pihak berkuasa dapat menyegerakan proses baik pulih jalan tersebut kerana ia adalah laluan yang menjadi tarikan pelancong dengan latar belakang pantai yang indah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, dua jalan itu terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan atas faktor keselamatan berikutan fenomena ombak besar yang melanda Terengganu ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, orang ramai masih boleh menggunakan laluan alternatif untuk menuju destinasi masing-masing sehingga keadaan pulih seperti biasa.

“Jalan pantai iaitu Kampung Mengabang Telipot sepanjang 300 meter dan Kampung Tanjung Batu Rakit sepanjang 330 meter ditutup kerana struktur jalan raya runtuh dihanyutkan ombak.

“Beberapa hari lepas, laluan tersebut hanya ditutup sebelah sahaja dan masih boleh dilalui kenderaan ringan. Namun, disebabkan hakisan semakin buruk, ia terpaksa ditutup kepada semua kenderaan pada Sabtu lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya