Jalan masuk Thailand sesak sempena cuti Tahun Baharu Cina

Jalan masuk Thailand sesak sempena cuti Tahun Baharu Cina

LALUAN di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan sesak apabila rakyat Malaysia mengambil peluang untuk bercuti ke Thailand sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, sesak apabila rakyat Malaysia mengambil peluang untuk bercuti ke Thailand sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, bas persiaran dan kenderaan mula masuk ke ICQS Rantau Panjang seawal 7 pagi.

Seorang pelancong, Mat Deris Yakoob, 50, berkata, berlaku kesesakan sejauh 500 meter untuk masuk ke ICQS Rantau Panjang.

“Hampir satu jam juga menunggu giliran untuk melepasi sempadan ini. Saya sudah menjangkakannya kerana cuti perayaan semua sempadan akan sesak,” katanya ditemui di Rantau Panjang hari ini.

Seorang lagi pelancong, Norhayati Mohd. Roslan, 40, berkata, dia teruja  ke Thailand kerana ini perjalanan kali pertamanya ke luar negara.

Katanya, sebaik sahaja tiba di Rantau Panjang dia terkejut apabila banyak kenderaan menunggu giliran untuk melepasi sempadan.

“Walau pun terpaksa menunggu lama tetapi saya rasa seronok. Pintu sempadan meriah dengan orang ramai yang teruja untuk bercuti ke luar negara,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di pekan Rantau Panjang, Napisah Harun, 47, berkata, situasi sesak di sekitar kawasan daerah itu bermula hari ini dan akan berlarutan sehingga cuti umum berakhir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya