Jakim sahkan syarikat pengeluar sandwich tiada sijil SPHM

Syarikat pengeluar sandwich tiada sijil SPHM

JAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan syarikat pengeluar produk Ham dan Cheese Sandwich  tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pemeriksaan yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu mendapati produk berkenaan tidak mempunyai SPHM.

Katanya, syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.

“Hasilnya, tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 sudah diambil oleh pihak KPDN.

“Dalam konteks pensijilan halal Malaysia, mana-mana produk atau perkhidmatan tidak boleh diperakui halal dan ditanda dengan halal selagi tiada pengesahan mahupun perakuan daripada Pihak Berautoriti Pensijilan Halal Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, syarikat pengeluar sandwich tersebut mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jakim.

Shake and Bake Cafe Sdn Bhd dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam dilaporkan berkata, penghasilan sandwich itu menggunakan roti, keju dan kepingan daging ayam yang diperakui halal oleh Jakim.

Syarikat itu juga mengesahkan pegawai KPDN serta Jalim sudah melakukan siasatan ke atas premis mereka pada jam 12 tengah hari, Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Sirajuddin berkata, penggunaan sijil halal pembekal tidak melayakkan sesuatu produk diperakui halal.

“Sesuatu produk hanya boleh diperakui halal oleh pihak berautoriti setelah memenuhi standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia yang merangkumi aspek pengendalian, penyediaan dan pemprosesan.

“Jakim menggesa pengusaha-pengusaha supaya cakna terhadap peruntukan undang-undang yang diguna pakai bagi mengelakkan daripada perkara sebegini berulang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya