Isu sandwic ham: Jangan ambil tindakan sendiri, cetus provokasi

Isu sandwic ham: Jangan ambil tindakan sendiri, cetus provokasi

KK Mart
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan secara bersendiran dan mengatasi undang-undang membabitkan isu penemuan sandwic tertera perkataan ham di labelnya yang ditemui di sebuah cawangan KK Mart.

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan menyimbah cat merah di sebuah kedai serbaneka KK Mart cawangan Universiti Malaya (UM) tidak boleh diterima dan merupakan satu provokasi yang boleh membawa kepada kesan negatif.

Oleh itu, kata beliau, isu-isu sensitif mesti diuruskan melalui saluran yang betul untuk mengelakkan suasana tidak harmoni sehingga keadaan boleh menjadi tidak terkawal.

“Insiden mengenai sandwich ham dan keju sudah dilaporkan kepada pihak polis dan kini dalam siasatan, maka serahkan kepada penguat kuasa untuk menjalankan siasatan secara adil serta tidak berat sebelah.

“Tiada siapa yang harus mengeksploitasi keadaan dan mengambil tindakan undang-undang sendiri atau melakukan apa-apa tindakan provokatif untuk memburukkan keadaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, cawangan kedai runcit yang terpalit kontroversi kerana menjual sandwic ‘ham’ menjadi mangsa vandalisme apabila disimbah cat merah.

Sehingga kini, pihak polis masih giat mengesan pelaku kes tersebut dan sudah mengambil keterangan tiga saksi serta melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, semua pihak perlu memilih keharmonian dan kesepaduan berbanding perpecahan serta menolak ekstremisme dalam apa jua bentuk.

 “Mari lah kita memberi tumpuan kepada membina jambatan, bukan tembok dan memupuk Malaysia di mana semua orang berasa selamat, dihormati dan dihargai tanpa mengira lokasi, latar belakang atau kepercayaan mereka.

“Jalan menuju kemajuan adalah melalui keharmonian, kewujudan bersama secara aman dan saling menghormati, bukan melalui tindakan provokasi, pencerobohan dan sikap tidak bertoleransi.

“Mari lah kita bersama-sama memastikan kejadian sebegini tidak berulang, dan ikatan bangsa kita kekal kukuh dalam menghadapi musibah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya