Isu rantaian bekalan, ketelusan harga antara fokus cabaran RMK13

Isu rantaian bekalan, ketelusan harga antara fokus cabaran RMK13

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal melakukan reformasi struktur ekonomi dengan beberapa isu penting dijadikan tumpuan menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ini terutama melibatkan isu rantaian bekalan tidak efisyen mengakibatkan harga barang di peringkat runcit menjadi mahal walaupun produk itu dihasilkan kawasan itu sendiri.

Beliau berkata, barangan itu sepatutnya lebih murah atas alasan faktor kos logistik dan segala jenis ‘permainan’ orang tengah dalam pasaran.

“Perkara itu mampu ditangani dengan penambahbaikan isu infrastruktur, data dan peraturan yang perlu diwujudkan bagi menangani pelbagai kerenah birokrasi.

“Mungkin kerajaan perlu menggubal satu akta khusus berkaitan ‘red tape’ atau kakangan formaliti yang menyusahkan urusan bisnes,” katanya selepas menghadiri sesi libat urus RMK13 bersama para pemain industri farmaseutikal dan kimia, digital, jentera, peralatan serta agromakanan, di sini hari ini.

Rafizi berkata, kerajaan juga akan membantu pihak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selaku penyumbang terbesar ekonomi yang membentuk 97 peratus corak perniagaan di negara ini.

Bagaimanapun ujar beliau, kementeriannya mengenal pasti ada banyak masalah struktur mengakibatkan PKS sukar bergabung menjadi lebih kuat dan isu itu sedang diperhalusi.

Pada masa sama katanya, kerajaan akan memberi fokus penambahbaikan ekosistem penyelidikan dan pembangunan serta perkomersialan dan penginovasian tempatan.

Ketika ini jelas beliau, kerajaan membiayai kira-kira RM1 bilion untuk program tersebut menerusi pelbagai agensi tetapi dilihat kurang dimanfaatkan dengan sebaiknya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya