Isu bas UiTM: UMNOSiswa UiTM sangkal dakwaan KKUUiTM

Isu bas UiTM: UMNOSiswa UiTM sangkal dakwaan KKUUiTM

AFIQ SYAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMNOSiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) terkilan dengan jawapan balas Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) menerusi satu laporan akhbar, yang dilihat seperti ingin membisukan suara mahasiswa dengan ugutan tindakan undang-undang.

Menurut Timbalan Pengerusi 2 UMNOSiswa UiTM,Afiq Syahmi Aliy Salaehudin, selaku sebuah pertubuhan yang mewakili staf UiTM, mereka (KKUUiTM) telah mengambil langkah untuk menuding jari dan seolah-olah ingin menafikan masalah yang berlaku membelenggu UiTM.

“Pintu perbincangan kami sentiasa terbuka dan amat mengalu-alukan pertemuan dengan pihak KKUUiTM untuk bersama-sama kita menyelesaikan isu ini.

“Pada pendapat kami, selain pengurangan jumlah bas yang beroperasi pada semester ini, mungkin wujud kekangan lain yang dihadapi oleh pemandu bas daripada segi jam bekerja dan Bayaran Lebih Waktu,” katanya di sini hari ini.

Pada 17 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan KKUUiTM menggesa UMNOSiswa menarik balik kenyataan yang dibuat persatuan tersebut dalam media sosial berhubung insiden melibatkan seorang mahasiswa dengan pemandu bas universiti tersebut.

Pihak KKUUiTM kesal dengan sikap persatuan mahasiswa itu menggunakan platform media sosial dengan membuat tuduhan kakitangan universiti zalim terhadap mereka yang secara tidak langsung memburukkan imej universiti dengan mendakwa keselamatan mahasiswa diancam ketika menaiki bas.

Afiq Syahmi Aliy berkata, isu tersebut bukan semata-mata atas tindakan pemandu bas itu sahaja, pihaknya juga sedang melakukan tinjauan, menerima pelbagai maklum balas mengenai isu bas dan sedang menyiapkan satu laporan lengkap.

“Pemerhatian kami menunjukkan ketidakupayaan dalam memperuntukkan sumber untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan sistem bas, menunjukkan kewujudan isu yang lebih mendalam di samping telah menjadi isu hangat, yang diperkatakan oleh mahasiswa keseluruhannya.

“Kenyataan kami tidaklah memukul rata semua pemandu bas yang ada di UiTM ini, kami menghargai akan betapa pentingnya mereka (pemandu bas) sebagai aset penggerak kepada pelajar dalam urusan harian di universiti ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya