Ipoh bakal miliki hab transit seperti KL Sentral - Utusan Malaysia

Ipoh bakal miliki hab transit seperti KL Sentral

SAARANI Mohamad (dua dari kiri) dan Anthony Loke (dua dari kanan) pada majlis menandatangani memorandum perjanjian antara Ipoh Sentral Sdn. Bhd. (ISSB) dan Country Annexe Sdn. Bhd. (CASB) untuk membangunkan Ipoh Sentral di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ipoh bakal memiliki hab transit tersendiri seperti Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral), menerusi pembangunan Ipoh Sentral yang terletak di belakang Stesen Keretapi Ipoh.

Projek itu mempunyai nilai pembangunan kasar RM6.25 bilion melibatkan keluasan tanah 27 hektar dan dibangunkan secara berperingkat selama 20 tahun bermula tahun 2025.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek itu akan memberi manfaat besar kepada Perak dan juga negara dari segi jaringan pengangkutan awam serta aktiviti ekonomi.

Beliau memberi jaminan, projek itu tidak akan menjejaskan warisan sejarah Stesen Keretapi Ipoh dan sekitarnya yang berusia lebih 100 tahun.

“Bangunan Keretapi Ipoh itu tidak akan disentuh. Kerana kawasan yang dibangunkan itu di belakang stesen. Stesen sedia ada tidak akan ada apa-apa kesan.

“Stesen Ipoh cukup bersejarah dan mempunyai nilai warisan yang cukup tinggi. Tuanku Sultan Perak juga bertitah supaya kita memelihara bangunan Stesen Ipoh ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyaksikan memorandum perjanjian antara Ipoh Sentral Sdn. Bhd. (ISSB) dan Country Annexe Sdn. Bhd. (CASB) untuk membangunkan Ipoh Sentral yang dianggap sebagai pembangunan berorientasikan transit (TOD).

ISSB dibentuk oleh anak syarikat di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

CASB pula merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) iaitu pemaju kepada pembangunan KL Sentral CBD dengan pemilikan saham terbesarnya dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kata Anthony, pelancaran projek Ipoh Sentral melambangkan kesinambungan sejarah Perak kerana landasan keretapi pertama negara dibina di negeri ini pada tahun 1885. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya