Intan Najuwa kongsi wajah anak buat pertama kali - Utusan Malaysia

Intan Najuwa kongsi wajah anak buat pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Anak perempuan kami. Imane Lunara.”

Demikian kata pelakon Datin Intan Najuwa ketika berkongsi wajah anak perempuannya, Imane Lunara buat pertama kali sekali gus meleraikan penantian peminat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, turut berkongsi beberapa kepilan foto puteri kesayangannya itu setelah sebulan melahirkan.

Sebelum ini, Intan pernah memberi bayangan wajah anaknya itu saling tidak tumpah dengan air muka suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.

Teruja dengan pendedahan itu, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai respons dari peminat selain memuji kecomelan anak pelakon tersebut.

Malah, ada juga yang mendoakan agar si comel itu membesar dengan baik serta menjadi anak yang solehah terhadap ibu bapanya.

“Cantik sangat ini, muka daddy mata mummy. Selamat membesar dengan baik,” komen peminatnya.

“Cantiknya, semoga menjadi anak yang solehah dan menyenangkan kedua ibu bapanya,” kata seorang lagi peminat.

“Intan Najuwa sangat rupanya,” komen seorang netizen.

Untuk rekod, Intan dan Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya