Insiden perlanggaran bot, dua ditemukan lemas

Insiden perlanggaran bot, dua ditemukan lemas

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Dua mangsa hilang ditemukan lemas dalam insiden pelanggaran bot di perairan Balimbang, di sini semalam.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi itu, bot laju yang dinaiki kedua-dua mangsa berusia 45 dan 50 tahun itu berlanggar dengan bot pelancong.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd. Sabri Zainol berkata, semasa kejadian bot yang membawa 12 pelancong telah berlanggar dengan bot laju yang dinaiki dua lelaki yang dikenal pasti bukan warga Malaysia.

Pelanggaran itu mengakibatkan pengemudi dan penumpang bot laju terhumban ke laut dan dilaporkan hilang. Bot laju tersebut turut mengalami kerosakan yang teruk.

“Usaha mencari telah dilakukan oleh orang awam termasuk bot yang terlibat dan hasil daripada pencarian tersebut telah menemukan kedua-dua mangsa yang tenggelam dalam keadaan tidak bernyawa.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Semporna untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Sabri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan pihak polis juga memohon bantuan orang ramai yang melihat kejadian supaya menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Insp. Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismail di talian 0137557293 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya