Insiden kekecohan warga Palestin dibawa mesyuarat Kabinet Rabu ini

Insiden kekecohan warga Palestin dibawa mesyuarat Kabinet Rabu ini

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) Sabtu lalu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu dijangka membincangkan tindakan selanjutnya susulan insiden itu.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini juga telah dimaklumkan mengenai situasi semasa warga Palestin di pusat transit itu.

“Dalam beberapa mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu, ada dibangkitkan aspek pemindahan warga Palestin itu ke premis yang baharu.

“Setakat ini, belum dimaklumkan (isu pemindahan) kepada Jemaah Menteri, tapi saya pasti selepas mesyuarat hari Rabu ini akan ada sedikit perkembangan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di sini, hari ini.

Katanya, mesyuarat Rabu ini pastinya akan mendapat perkembangan terkini mengenai isu berkenaan daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebelum ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku satu insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan, menurut Markas ATM Bahagian Risikan Dan Komunikasi Strategik Pertahanan, kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.

Insiden itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat yang kecewa dengan kekecohan yang berlaku dan berharap warga Palestin dapat dihantar pulang ke negara mereka.

Sebelum ini pada Oktober tahun lalu, rakaman video wanita warga Palestin membuat kecoh dan merosakkan harta awam di WTKL tular di media sosial sebelum kemudian tampil membuat permohonan maaf.

Individu itu adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang cedera dan tiba di Malaysia pada 16 Ogos tahun lalu untuk menerima rawatan perubatan di sini berikutan serangan Israel ke atas Gaza.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, beliau mahu semua pihak termasuk warganet supaya melakukan semakan fakta sebelum berkongsi apa-apa video di media sosial.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada isu kekecohan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya