Inovasi SJKC Kwang Hwa baiki sistem keselamatan jalan raya

Inovasi SJKC Kwang Hwa bantu baiki sistem keselamatan jalan raya

PELAJAR Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Sungai Nibong, Pulau Pinang mendapat geran bernilai 5,000 euro selepas menduduki tempat keenam pada program VIA Safe Mobility peringkat antarabangsa baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKOLAH Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa di Sungai Nibong, Pulau Pinang baru-baru ini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi johan pertandingan peringkat kebangsaan Program VIA Safe Mobility.

Kejayaan tersebut melayakkan sekolah berkenaan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa dan pertandingan peringkat Asia. Dalam pertandingan peringkat rantau Asia sekolah berkenaan mendapat johan dan berada dalam kedudukan keenam dalam pertandingan peringkat antarabangsa bersaing dengan pasukan negara lain termasuk daripada Angola, Brazil, Lubnan, Madagascar dan Maghribi.

 

Dengan kejayaan tersebut, mereka dianugerahkan geran bernilai 5,000 euro (RM23,371) untuk memperbaiki keselamatan jalan raya di kawasan sekolah.

Menerusi pertandingan tersebut sekolah berkenaan membentangkan konsep penyelesaian keselamatan jalan raya yang inovatif selain membentangkan usul dan idea kepada rakan sebaya secara global, pembuat dasar dan pemimpin industri.

Dibimbing oleh mentor, Chan Hui Lee dan dua orang guru iaitu Lee Hooi Ching dan Phang Poh Choo, pasukan SJKC Kwang Hwa itu dianggotai oleh lima murid Tahun Enam itu iaitu Tan Jie Ling, Low Zi Ning, Oon Xin Jie, Tai Chee Ying, dan Tan Zhi Ling.

Misi seterusnya adalah mencipta perubahan yang bermakna melalui penyelesaian yang inovatif terhadap isu-isu keselamatan jalan raya.
Pengetua SJKC Kwang Hwa, Leong Sook Luan berharap dapat menjadikan program itu sebagai satu inspirasi dengan penyertaan serta sokongan daripada para murid.
“Keadaan lalu lintas yang sesak di luar kawasan sekolah merupakan isu yang membimbangkan dan saya berpendapat, program ini dapat memperkasakan murid kami untuk mengambil tindakan yang bermakna.
“Justeru, saya menggalakkan guru serta murid-murid untuk bekerjasama bagi membentuk pasukan yang berdedikasi dan menyertai inisiatif ini sepenuh hati dengan melakukan perubahan yang positif,” katanya baru-baru ini.

Antara cadangan penyelesaian inovatif sekolah itu untuk mengatasi isu kesesakan lalu lintas termasuk pemasangan palang automatik untuk mengawal aliran trafik serta papan tanda dengan tulisan ‘AWAS palang automatik’ bagi menarik perhatian pengguna jalan raya.

Selain itu, mereka juga mencadangkan pengecatan zon oren di atas jalan raya, 100 meter sebelum memasuki zon sekolah yang bertujuan memberi amaran kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan sebelum menghampiri kawasan sekolah.

Terdahulu, Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia, Jennifer Li selaku penaja program berkata, keselamatan jalan raya merupakan komitmen utama syarikat itu kepada komuniti setempat.

“Mewujudkan persekitaran jalan raya yang selamat adalah penting dan ia harus bermula dengan pendidikan dan pemerkasaan generasi muda.

“Justeru, program seperti VIA ini dianjurkan bagi memupuk budaya penggunaan jalan raya yang selamat dalam kalangan belia menerusi sokongan dan sumber yang bersesuaian bagi mendorong mereka melakukan perubahan positif.

“Dalam hal ini, visi utama mereka ialah untuk membina masa depan dengan keadaan jalan raya yang lebih selamat untuk kegunaan semua,” kata Jennifer.

Selain TotalEnergies, VIA Safe Mobility turut mendapat kerjasama daripada sebuah organisasi sosial iaitu Arus Academy dan program VIA itu telah berjaya menarik seramai 11,964 murid melalui platform DELiMA di bawah Kementerian Pendidikan yang menyediakan sumber digital interaktif percuma kepada sekolah.

Dalam pada itu, menerusi sokongan yang diberikan oleh TotalEnergies Malaysia dan Arus Academy, murid-murid juga berpeluang untuk melancarkan advokasi dalam usaha menambah baik serta melaksanakan cadangan mereka.

Bagi SJKC Kwang Hwa, program tersebut turut dijayakan dengan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk mendapatkan permit bagi tujuan pengubahsuaian jalan dan laluan selain perundingan dengan Bike Commute Malaysia iaitu sebuah organisasi yang memperjuangkan mobiliti bandar mampan.

Pada masa yang sama, seorang wakil rakyat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban di Pulau Pinang turut memberi nasihat serta bimbingan mengenai kebolehgunaan cadangan murid yang bertepatan dengan dasar infrastruktur tempatan. –

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya