Inisiatif SMK Pedas SEAMEO SEN. pertingkat pendidikan khas

Inisiatif pertingkat pendidikan khas

AMIR Fuad Mohd. Dom (dua, kanan) dan Pengarah SEAMEO SEN, Jamilah Kadir menandatangani sijil jalinan kerjasama pada Program Kerjasama Rakan Strategik ESD di SMK Pedas Rembau, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi memperkasakan pendidikan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) termasuk dalam kalangan pelajarnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedas menjalinkan kerjasama dengan pusat pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas, SEAMEO SEN.

Pengetua SMK Pedas, Amir Fuad Mohd. Dom berkata, menerusi kerjasama itu, ia memberikan ruang untuk pihaknya memahami dan mengintegrasikan elemen pembangunan lestari dalam pendidikan sekali gus memberikan impak positif kepada komuniti sekolah dan pelajar PPKI sekolah itu.

“Melalui pendekatan yang disesuaikan dengan prinsip pembangunan lestari, pelajar-pelajar PPKI kini lebih memahami kepentingan pemeliharaan alam sekitar, pengurusan sumber yang berhemah dan tanggungjawab sosial.

“Program ini berjaya meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran sosial pelajar, menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan.

“ Selain itu, elemen-elemen pembangunan lestari seperti kesedaran ekologi, pengurangan sisa, dan penggunaan sumber tenaga hijau telah berjaya diterapkan dalam pembelajaran harian pelajar” katanya selepas menerima kunjungan pihak SEAMEO SEN ke sekolah terbabit di sini, baru-baru ini.

Amir Fuad berkata, kerjasama tersebut bukan hanya memberi manfaat kepada pelajar, tetapi juga berjaya meningkatkan kesedaran komuniti sekolah termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat tentang kepentingan pembangunan lestari.

“ Aktiviti seperti kempen kitar semula, projek komuniti hijau dan bengkel keusahawanan telah menyatukan warga sekolah dan komuniti,” katanya yang turut berharap kerjasama tersebut akan menjadi model kepada sekolah lain untuk melaksanakan inisiatif serupa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya