Inisiatif pertanian vertikal di kediaman perkasa keterjaminan makanan

Inisiatif pertanian vertikal di kediaman perkasa keterjaminan makanan

MOHAMAD Sabu menggalakan warga KPKM untuk melaksanakan inisiatif ‘vertical farming’ atau pertanian vertikal di kediaman masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) digalak untuk melaksanakan inisiatif ‘vertical farming’ atau pertanian vertikal di kediaman masing-masing sebagai langkah memperkasakan konsep keterjaminan makanan di peringkat komuniti.

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sekiranya warga kementerian mampu mengaplikasikan teknologi tersebut, beliau yakin ia akan memberi inspirasi kepada masyarakat umum.

“Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan penggunaan ruang yang terhad bagi aktiviti pertanian di rumah, tetapi sebagai usaha simbolik kementerian untuk memperkenalkan kaedah pertanian moden yang boleh dicontohi rakyat,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baru 2025 KPKM di sini hari ini.

Pertanian vertikal merupakan satu teknologi bagi perkebunan di ruang terhad terutamanya bagi warga kota yang tinggal di apartmen, kondominium, rumah teres dan rumah berkembar.

Mohamad berkata, dorongan untuk melaksanakan ‘vertical farming’ juga menjadi satu langkah penting dalam menggalakkan pertanian bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya