Inisiatif JS-SEZ sediakan persekitaran pelaburan stabil, progresif 

Inisiatif JS-SEZ sediakan persekitaran pelaburan stabil, progresif 

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inisiatif Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai perjanjian yang melangkaui kerjasama dua hala dalam menyediakan persekitaran pelaburan stabil dan progresif.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, inisiatif itu juga mencerminkan visi bersama untuk memperluaskan semangat kerjasama ke rantau lain dan ASEAN.

“JS-SEZ membuka peluang kepada sebuah model perkongsian ekonomi yang bukan sahaja memperkukuh kedudukan kedua-dua negara, tetapi juga meningkatkan daya saing Asia Tenggara di peringkat global.

” Ini akan menetapkan tahap baharu dalam kerjasama ekonomi yang menonjolkan perpaduan, inovasi, dan cita-cita tinggi. Perjanjian ini bukan sekadar dokumen tetapi satu pelan tindakan untuk kesejahteraan semua,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Sebagai rekod inisiatif utama JS-SEZ termasuk penggunaan kod QR tanpa pasport di pusat pemeriksaan darat Singapura-Malaysia, penubuhan Pusat Pemudahcara Pelaburan Malaysia – Johor (IMFC-J), inisiatif berkaitan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), serta prosedur kastam yang dipermudah untuk penghantaran darat.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, inisiatif itu turut  menghantar mesej jelas kepada dunia di mana Malaysia dan Singapura komited menyediakan persekitaran pelaburan yang stabil dan progresif.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya