PETALING JAYA: Inflasi dijangka kekal terkawal sepanjang tahun, menurut MIDF Research. Firma penyelidikan itu berkata, dengan berterusan penurunan dalam inflasi utama dan teras, Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan inflasi akan terus terkawal pada 2025, disokong oleh penurunan tekanan kos global dan ketiadaan lonjakan tekanan permintaan domestik yang signifikan. “Walau bagaimanapun, pelaksanaan langkah dasar domestik tambahan seperti subsidi yang disasarkan, cukai yang lebih tinggi dan gaji minimum yang lebih tinggi akan memainkan peranan penting dalam membentuk unjuran inflasi. “Risiko kenaikan inflasi akan dipengaruhi oleh kesan limpahan langkah dasar domestik, bersama dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya