ALOR SETAR: Dalam nada menahan sebak, Nor Aza Hamzah, 43, yang terpapar kisah hidupnya di Utusan Malaysia kelmarin, tidak henti-henti melafazkan ucapan terima kasih kepada orang ramai menyampaikan sumbangan hingga membolehkan membeli sebuah kereta Proton Saga terpakai demi keselesaan keluarga. Menurut ibu tunggal itu, sukar untuk dia menggambarkan apa yang dirasa apabila melihat anak-anaknya gembira menaiki kereta baharu yang dibelinya pada harga RM6,300 dari sebuah kedai menjual kereta terpakai di Jitra. Katanya, kereta itu cukup elok dan cantik baginya berbanding kereta Perodua Kancil digunakan sebelum ini, yang sudah terlalu uzur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya