Ikan susu perkukuh keterjaminan makanan negara

Ikan susu perkukuh keterjaminan makanan negara

ADNAN Hussain (empat, kiri) menunjukkan hasil tuaian ikan susu melalui keadah ternakan tangki yang diusahakan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Tanjung Demong (IPPTD).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ikan susu atau nama saintifiknya Chanos chanos di negara ini, mendapat perhatian sebagai sumber alternatif penting dalam memastikan keterjaminan makanan dan pembangunan industri akuakultur negara.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, pengeluaran ikan berkenaan mencecah 4,203.59 tan metrik dengan nilai borong sebanyak RM37.08 juta pada tahun lepas dengan negeri Kedah menjadi penyumbang utama dengan pengeluaran tertinggi sebanyak 3,700.80 tan metrik, diikuti Johor (454.97 tan metrik) dan Sabah (46.51 tan metrik).

Katanya, peningkatan pengeluaran ini mencerminkan potensi ikan susu dalam memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa selain kos penternakan yang rendah dan daya tahan penyakit menjadikan ikan susu pilihan ekonomi ini mampan bagi penternak tempatan.

“Ikan ini mampu menjadi penyelesaian strategik dalam menjamin bekalan makanan negara dengan perubahan iklim dan penurunan sumber marin. Di negara ini Usaha Fadzilat (M) Sdn. Bhd. merupakan perintis dalam usaha penternakan ikan susu secara komersial, memanfaatkan teknologi penternakan moden seperti sistem kolam dan sangkar,” katanya.

Ikan susu kaya kandungan astaxanthin iaitu sejenis antioksidan semula jadi dan protein tinggi dalam ikan susu memberikan manfaat kesihatan seperti mengurangkan keradangan, menyokong fungsi organ penting dan membantu mengekalkan berat badan.

Adnan dalam kenyataan berkata, dengan manfaat kesihatan yang tinggi, kelebihan dalam penyediaan makanan serta potensi ekonomi besar, ikan susu diyakini mampu memperkukuh keterjaminan makanan negara serta memajukan industri perikanan tempatan.

“Ikan versatil ini mudah diolah menjadi pelbagai hidangan digemari rakyat tempatan seperti laksa ikan susu, asam pedas, ikan salai, bakar, goreng berlada dan pais, malah diiktiraf sebagai alternatif bahan makanan ternakan dan membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap import.

“Justeru saya menyeru rakyat untuk menyokong industri akuakultur tempatan dengan memilih ikan susu sebagai sebahagian daripada sajian harian mereka kerana langkah ini diyakini dapat mengurangkan kebergantungan kepada perikanan tangkapan dan menyumbang kepada pembangunan sektor akuakultur yang lebih berdaya saing,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya