Ibu dan anak mati dalam kereta

Ibu dan anak ditemukan mati dalam kereta

KESAN hitam dipercayai berpunca daripada kebocoran petrol mengakibatkan dua beranak mati dalam kereta depan sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita bersama anak perempuannya ditemukan mati di dalam kereta BMW miliknya di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa ditemukan mati dalam keadaan tragis kira-kira pukul 9.30 malam.

Katanya, mangsa berusia 42 tahun dan anak bongsu berusia 14 tahun itu dipercayai mati akibat terhidu gas di dalam kereta ketika enjinnya masih hidup.

“Polis mendapat laporan mengenai kejadian itu pada pukul 10 malam dan mendapati mangsa bersama anak lelakinya mati di dalam kereta BMW. Siasatan mendapati tiada unsur jenayah.

“Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran minyak petrol di bahagian enjin yang menyebabkan berlakunya pemeluwapan dan memasuki saluran pendingin hawa kereta berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBU di sini hari ini.

Balveer Singh berkata, mayat anak beranak itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk dibedah siasat.

Menurut Balveer Singh, mangsa bersama anak ketiganya pergi membeli belah di kawasan di Bandar Baru Uda setelah memberhentikan kereta di lokasi kejadian untuk berehat seketika.

“Mangsa dipercayai berehat seketika di lokasi itu sebelum pulang ke rumah mereka di Bakar Batu.

“Semakan yang dibuat mendapati mangsa sempat berbalas mesej dengan rakannya menerusi aplikasi Whatsapp mengatakan dia ingin berhenti kereta mahu berehat setelah merasa penat dan tak sihat.

“Kita meminta beri polis ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut termasuk menyemak rekod kesihatan mangsa,” katanya yang memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya