Ibu bersama bayi yang dilapor hilang, ditemukan selamat di Sungai Udang

Ibu bersama bayi yang dilapor hilang, ditemukan selamat di Sungai Udang

NURUL Asmiera Kardi yang dilaporkan hilang bersama anak perempuannya pada Jumaat lalu telah ditemui selamat di Sungai Udang, Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang wanita berusia 22 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Felda Sungai Kelamah, di sini bersama bayi perempuannya yang berusia dua bulan pada Jumaat lalu telah dijumpai selamat di Sungai Undang, Melaka.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, wanita berkenaan,  Nurul Asmiera Kardi telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Udang Melaka kira-kira pukul 7.49 malam semalam.

Menurutnya, dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan menyatakan dia telah keluar dari rumah keluarganya itu dengan rela hati dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

“Wanita berkenaan juga memberitahu dia serta bayinya dalam keadaan baik dan sihat. Oleh itu, pihak polis mengucapkan berterima kasih kepada orang ramai yang membantu sehingga wanita itu ditemui,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita bersama bayi perempuannya berusia dua bulan yang hilang.

Laporan polis mengenai kehilangan Nurul Asmiera dibuat pengadu iaitu ibu wanita itu pada pukul 5.48 pagi selepas wanita itu dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 3.07 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya