Ibu bapa diminta mohon bantuan inisiatif SSPN disediakan N. Sembilan

Ibu bapa diminta mohon bantuan inisiatif SSPN disediakan N. Sembilan

AMINUDDIN Harun menyampaikan insentif tambahan kepada atlet-atlet pemecah rekod di temasya Sukan Malaysia Sarawak 2024 lalu di Wisma Negeri, Seremban hari ini. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Golongan ibu bapa di Negeri Sembilan diminta untuk memohon bantuan Inisiatif Caruman (One Off) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM100 yang diberikan bagi kelahiran baharu pada tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan yang diperuntukkan kerajaan negeri itu dilihat kurang mendapat sambutan dengan hanya 206 orang telah menerimanya dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM20,600.

“Dapat dilihat inisiatif yang disediakan kerajaan negeri itu masih kurang mendapat perhatian dan saya meminta ibu bapa membuat permohonan secara dalam talian di aplikasi N9Digital bagi memastikan mereka turut berpeluang menerima bantuan caruman yang disediakan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan caruman SSPN sebanyak RM100 bagi kelahiran baharu anak-anak Negeri Sembilan bermula tahun 2023 hingga 2027.

Aminuddin dalam pada itu berkata, kerajaan negeri juga menyediakan bantuan keceriaan warga emas berusia 70 tahun ke atas sebanyak RM200 seorang dan pemberian pada tahun ini akan dilaksanakan sebelum sambutan hari kebesaran atau perayaan masing-masing.

“Pemberian sebegini dilihat lebih menarik supaya dan dapat memberikan keceriaan pada sambutan perayaan yang diraikan.

“Bagaimanapun inisiatif berkenaan hanya diberikan kepada mereka yang layak dan telah mendaftar. Jika kedua-dua suami dan isteri berumur 70 tahun ke atas, mereka akan mendapat RM400.

“Mereka tidak perlu memohon semula sekiranya telah mendaftar dan secara automatiknya akan diuruskan Pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Ujarnya, berdasarkan rekod pada tahun lalu kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan sama kepada 37,537 warga emas dengan peruntukkan berjumlah RM7.5 juta.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya